NOTA

Kata Nama Am dan Kata Nama Khas.

1.Kata nama am dan kata nama Khas merujuk kepada benda bernyawa dan benda tidak bernyawa.
2.Huruf pertama pada kata nama khas ditulis dengan huruf besar.
3.Huruf pertama pada kata nama am ditulis dengan huruf kecil kecuali di permulaan ayat.

contoh:  
 Nama saya Aleeya.Saya tinggal di Serdang.Saya belajar di Sekolah Kebangsaan Seri Andalas.Pada masa lapang saya suka membaca buku dan bermain badminton.

kata -nama am-buku,badminton
kata nama khas-Aleeya,Serdang,Sekolah Kebangsaan Seri Andalas


Penjodoh Bilangan

  • Perkataan yang digunakan bersama-sama dengan kata bilangan
  • contoh:
  1. baris         - murid,rumah,pokok getah
  2. batang      - mancis,tongkat,lilin
  3. bentuk      - cincin,mata kail,subang
  4. biji           - buah,gula-gula,butang
  5. bilah         - keris,kapak,jarum
  6. buah         - kenderaan,bangunan,gua
  7. buku         - roti,sabun,benang
  8. bungkus   - nasi lemak,mi
  9. cebis        - kertas,kain
  10. cucuk       - sate
  11. ekor         - lembu,ikan ayam
  12. gelung     - dawai,wayar,rotan
  13. helai        - baju,daun,sapu tangan
  14. ikat          - sayur,kayu,buah-buahan
  15. jambak    - kunci,bunga
  16. kawan      -kambing,serigala,gajah
  17. keping     - gambar,kertas,papan
  18. ketul        - ais,batu,arang
  19. longgok   - sampah- sarap,pasir
  20. naskhah   - buku,majalah
  21. orang       - petani ,polis,bomba
  22. pucuk      - pistol,surat
  23. tandan     - pisang ,kelapa,pinang
  24. ulas         - nangka,durian,manggis


Kata sendi

Perkataan yang terletak di hadapan kata nama atau frasa nama.
Contoh   :     di, ke, oleh, dari, daripada, dengan
Ayat :
  1. Bunga itu digubah oleh Puan Marlina.
  2. Bakul itu diperbuat daripada rotan.
  3. Aizat menerima sepucuk surat daripada rakannya di Sarawak.
  4. Mereka hendak pergi ke pameran komputer.
  5. Pasangan pengantin itu berasal dari Melaka.
  6. Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.
  7. En Lim baru pulang dari pejabat.
  8. Pak Salleh mengait buah rambutan dengan galah.
  9. Burung itu hinggap di atas ranting.
  10. Sejak kecil lagi,Hafiz amat sayang akan ibu bapanya.


Kata Adjektif

Perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama.
Contoh:  bising, kecil, kuat, banyak, risau, cantik, rendah.
Ayat :

  1. Arnab itu sungguh comel.
  2. Angin bertiup dengan kencang.
  3. Murid baharu itu berpakaian kemas.
  4. Hujan turun lebat sejak semalam.
  5. Pokok pisang itu sangat tinggi.
  6. Suasana di kelas itu bising apabila guru tiada.
  7. Kari ikan itu sedap tetapi agak masin.
  8. Zaki minum kerana sangat haus.
  9. Buku cerita itu sangat tebal.
  10. Longkang itu berbau busuk.
  11. Kami sudah lama tidak pulang ke kampung.
  12. Bilik sewa itu mahal malah sangat sempit.


Kata Kerja Transitif

Kata kerja Transitif ialah kata kerja yang mengandungi penyambut atau objek.
Kata kerja transitif ialah perkataan yang digunakan untuk menerang perbuatan yang dilakukan oleh si pelaku (subjek) kepada benda lain.
Contoh :  membaca,menunggang, mengail, memasak, menggoreng.
Ayat :
  1. En Azman mencucu kereta.
  2. Ah Kau memancing ikan di tepi tasik.
  3. Hairul memadam papan putih kelasnya.
  4. Sudin mengikat ranting kayu itu dengan tali.
  5. Mak Teh sedang menggoreng ikan di dapur.
  6. Puan Fatimah sedang menggubah bunga.
  7. Pak Zaki sedang mengipas sate.
  8. Anis sedang menank nasi di dapur.
  9. Pak Leman sedang menebas lalng.
  10. Hasrul menendang bola ke pintu gol.
  11. Sezana sedang menyiram pokok bunga.
  12. Danial sedang menunggang kuda.



No comments:

Post a Comment