Wednesday 12 December 2012

Melancong ke Sabah

Negara kita indah dan sering menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara.Antara negeri yang menjadi tumpuan ialah negeri Sabah.Sabah dikenali sebagai "Negeri Di Bawah Bayu".Sabah terletak di Kepulauan Borneo.Luasnya 74,500 kilometer persegi.Di negeri Sabah terdapat gunung yang tertinggi di Malaysia ,iaitu Gunung Kinabalu.

Terdapat banyak tempat yang menarik dan sesuai untuk dilawati di negeri Sabah.Antara tempat tersebut ialah Muzium Sabah,Taman Negara Kinabalu,Taman Tunku Abdul Rahman,Pulau Manukan dan Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok.



Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok



 
Peta Negeri Sabah




Muzium Sabah





 
Pulau Manukan

 
Puncak Gunung Kinabalu

Tuesday 4 December 2012

Simpulan bahasa

Simpulan bahasa adalah kata-kata ringkas atau rangkaian perkataan yang dirumuskan dalam susunan tertentu yang membawa maksud tertentu. Maksudnya terdapat daripada apa yang tersirat atau tersembunyi bukan daripada yang tersurat atau nyata. Ringkasnya, erti simpulan bahasa berlainan daripada perkataan yang digunakan.

Jenis:

1. Simpulan bahasa yang mempunyai dua makna. Contohnya:
(a) ada angin:
  • mempunyai kemahuan atau keinginan untuk mendapatkan sesuatu.
  • sikap atau perasaan seseorang yang suka meninggi diri.
(b) anak buah:
  • orang yang berada di bawah pengawasan seseorang ketua seperti ketua pejabat atau penghulu.
  • anak saudara.
(c) langgar bahasa:
  • bercakap dengan menggunakan bahasa yang kasar.
  • tingkah laku atau kelakuan yang tidak sopan atau melanggar adat.
2. Simpulan bahasa yang berlainan tetapi mempunyai makna yang sama. Contohnya:
Seseorang yang tidak mempunyai perasaan malu.
muka talam, muka tebal, dan muka tembok.
Seseorang yang sudah lanjut usianya tetapi perangai tidak senonoh atau jahat.
tua keladi, tua kutuk, dan tua lengkuas



KENDERAAN KELUARAN MALAYSIA


 
 Syarikat Pertama yang mengeluarkan kereta ialah Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (PROTON).Model kereta yang pertama dikeluarkan oleh syarikat ini ialah Proton saga.
        Kemudian muncul pula Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd.(PERODUA).Syarikat ini memperkenalkan model kereta seperti Kancil,Rusa,Kembara,Kenari dan Kelisa.
        Selain PERODUA dan PROTON, Syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn.Bhd. (MODENAS) pula mengeluarkan motosikal.Syarikat ini memperkenalkan model motosikal seperti Kriss dan Jaguh.
        Semua kenderaan nasional ini dapat bersaing dengan kenderaan yang diimport dari luar negara seperti Jepun,Korea,Jerman,Perancis dan Itali.
 
 
  
 Kereta Gen2
 
 Motosikal Jaguh
 motosikal Kriss
kereta Myvi
 
 
 
 
AKTIVITI :
 
1.Senaraikan kata nama khas yang terdapat dalam teks di atas.
2.Lukis dan namakan kenderaan nasional yang kamu idamkan dalam buku latihan kamu.

Monday 26 November 2012

Contoh karangan : catatan

Soalan : Kamu dan keluarga telah bercuti di suatu tempat yang menarik pada cuti sekolah yang lalu.Tulis catatan tentang percutian tersebut.


8.30 pagi
Aku dan keluarga menaiki feri dari jeti Kuala Kedah.Perjalanan kami ke Pulau Langkawi mengambil masa kira-kira satu jam lamanya. Aku berasa seronok apabila melihat keindahan laut yang saujana luasnya.

9.30 pagi
Kami tiba di jeti Kuah.Ayah menyewa sebuah kereta untuk memudahkan perjalanan.Kami turut diberi buku panduan tentang tempat-tempat yang menarik di Pulau Lagenda ini.

10.00 pagi
Kami sekeluarga menuju ke Underwater World.Di sini terdapat pelbagai jenis ikan yang kebanyakannya tidak terdapat di negara kita.Aku berasa terkilan kerana pengunjung tidak dibenarkan mengambil gambar atau merakam foto sebagai kenang-kenangan.

12.00 tengah hari
Kami berkunjung ke Galeri Tun Dr Mahthir.Terdapat pelbagai barangan milik Perdana Menteri Malaysia yang keempat yang bernilai tinggi dipemerkan di sini.Cenderamata-cenderamata tersebut kebanyakannya diterima sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai Perdana Menteri.

2.30 petang
Kami menaiki kereta kabel di Gunung Mat Cincang.Aku memeluk ibu kerana berasa gerun berada di tempat yang tinggi.Namun aku kuatkan hati untuk melihat keindahan Pulau Langkawi.Kami sekeluarga sempat mengambil foto sebagai kenang-kenangan.

6.00 petang
Selepas membeli belah di Pekan kuah,kami bertolak pulang.Kami tiba di jeti Kuah untuk menaiki feri ke Kuala Kedah.Meskipun kunjungan kami singkat,namun aku berasa puas kerana dapat menghabiskan masa bersama keluarga sepanjang hari.


















Tuesday 13 November 2012

Peristiwa di sekolah

SELAMAT DATANG WANITA PERTAMA MALAYSIA

Pada 9 November 2012, Datin Seri Rosmah Mansor  melawat  penempatan mangsa banjir di SK Changkat Jong,Teluk Intan Perak.Seramai 168 orang dari 50 buah keluarga berada di penempatan sementara.


 
 
 
Sepanjang pusat penempatan sementara dibuka,Pejabat Kesihatan Daerah Hilir Perak telah mengadakan pemeriksaan darah percuma kepada  semua mangsa banjir.
 
seorang guru mengambil kesempatan memeriksa darah.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 

Tuesday 30 October 2012

Cerita Teladan

ANJING DENGAN BAYANG-BAYANG

Ada seekor anjing yang bernama Dolly.Dolly tamak.
          Pada suatu hari,ketika sedang mencari makanan,Dolly terjumpa akan seketul tulang.Dia menggonggong tulang itu.Ketika menyeberang sungai,Dolly ternampak akan sesekor anjing yang serupa sepertinya di dalam sungai.Anjing itu juga sedang menggonggong seketul tulang.Dolly ingin merebut tulang daripada anjing itu.Apabila Dolly membuka mulut,tulang yang digonggongnya terjatuh ke dalam sungai.
          Barulah Dolly sedar bahawa anjing tersebut ialah bayang-bayangnya sendiri.Dolly sangat menyesal.