LATIHAN

Latihan 1.
Baca Petikan di bawah,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kita Perlu menjaga kebersihan makanan,Makanan yang tercemar akan menyebabkan kita dihinggapi penyakit kerana makanan itu mengandungi kuman.
          Makanan juga akan tercemar apabila dihniggapi lalt kerana lalat suka akan tempat-tempat yang kotor.Lalat juga pembawa kuman taun.
          Oleh itu,makanan perlulah sentiasa ditutup atau disimpan di dalam bekas yang bersih.Kebersihan makanan perlulah dijaga untuk mengelakkan kita daripada dihinggapi penyakit.


 
1.Makanan yang tercemar akan menyebabkan
   A.kita dihinggapi penyakit.
   B.makanan bertambah enak.
   C.makanan berubah rasa.
   D.makanan menjadi busuk

2.Makanan yang tercemar mengandungi
   A.zat
   B.lalat
   C.kuman

3.Mengapakah makanan yang dihinggapi lalat akan tercemar?
   A.kerana makanan tidak bersih.
   B.kerana lalat suka akan tempat-tempat bersih
   C.kerana lalat suka akan tempat-tempat kotor

4.Makanan perlulah sentiasa ditutup atau disimpan di dalam bekas yang
   A.kotor.
   B.bersih.
   C.sejuk.

5.Perkataan ditutup dalam petikan bermaksud
   A.dibuka.
   B.dibiar.
   C.ditudung.
   D.disimpan.


Baca petikan di bawah,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
 
 
Cyberjaya ialah sebuah bandar siber.Cyberjaya dimajukan sebagai Bandar Teknologi Maklumat yang bertaraf dunia.
          Perasmiannya telah disempurnakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 8 Julai 1999.Cyberjaya dibangunkan sebagai pelengkap kepada Putrajaya,iaitu pusat pentadbiran baru Kerajaan Persekutuan.
          Selain itu,Cyberjaya akan dijadikan bandar siber terbesar yang dilengkapi dengan teknologi maklumat termoden bagi menampung keperluan dalam bidang perniagaan,kediaman,dan sebagainya.
 
 
 
6.Cyberjaya ialah sebuah
    A.bandar siber.
    B.pusat pendidikan.
    C.pusat pembangunan.
 
7.Cyberjaya akan dimajukan sebagai apa?
   A.Bandar moden
   B.Bandar dalam taman
   C.Bandar Teknologi Maklumat.
 
8.Siapakah yang merasmikan Cyberjaya?
   A.Tun Dr. Mahathir Mohamad
   B.Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
   C.Datuk Seri Najib Abdul Razak
 
9.Cyberjaya dibngunkan sebagai pelengkap kepada
    A.Masjid Putra.
    B.Putrajaya.
    C.Kelana Jaya.
 
10.Perkataan disempurnakan dalam petikan bermaksud
     A.diarahkan.
     B.dilakukan.
     C.disiapkan.


Pilih jawapan yang betul.

11.Pada setiap petang,saya ..................... ditaman.
     A.bergurau
     B.bergerak
     C.berjoging

12.Azman..............acara senamrobik yang diadakan di sekolahnya.
     A.menyertai
     B.mewakili
     C.menolong

13.Sebelum bersenam,kita hendaklah melakukan aktiviti .............badan.
     A.berpanas
     B.memanaskan
     C.kepanasan

14..........baik untuk kesihatan.
     A.Bersukan
     B.Bergurau
     C.Berlatih

15.Saya .........ibu mengelap meja.
     A.menolong
     B.membuat
     C.memasak

16.Azri membersihkan badannya............sabun
     A.digunakan
     B.berguna
     C.menggunakan

17.Azmi sekeluarga............makanan yang seimbang.
     A.makan
     B.dimakan
     C.pemakanan

18.Ibu.........badan adik dengan tuala yang bersih
     A.memberus
     B.mencuci
     C.mengemas
     D.mengelap

19.Rasa buah betik itu sungguh ..........
     A.panas
     B.kering
     C.manis
     D.sakit

20.Gerai makanan Pak Abu cantik dan...........
     A.bersih
     B.hangus
     C.masam
     D.masin


21.Alia makan dua........roti sebelum pergi ke sekolah.
     A.biji
     B.ikat
     C.batang
     D.keping

22.Ibu memotong sayur menggunakan se........pisau tajam.
     A.biji
     B.bilah
     C.utas
     D.ikat

23.Doktor mencabut se.........gigi adik yang telah rosak.
     A.bilah
     B.rumpun
     C.batang

24.Puan Tan membeli beberapa .........sayur sawi di pasar.
     A.ikat
     B.batang
     C.rumpun
     D.keping

25.Azman .........Aiman tidak pernah bercakap kasar dengan ibu bapa mereka.
     A.dan
     B.jika
     C.atau
     D.tetapi

26.Adam membantu ayahnya di kedai pada hari Sabtu ........Ahad.
     A.apabila
     B.sambil
     C.kerana
     D.dan

27.Fahmi berasa sedih apabila melihat neneknya yang sakit itu.Perkataan seerti bagi sedih ialah
     A. pilu
     B.gembira
     C.tawar
     D.sejuk

28.Siva menunggang basikal dengan laju. Perkataan berlawan bagi laju ialah
     A.cekap
     B.pantas
     C.sempurna
     D.perlahan

29.Pilih ayat yang betul.
     A.Ibu makanan memberi kepada kucing
     B.Kerbau mencari keluar makanan.
     C.Dia kaya lalu dia sombong.
     D.Kita haris tolong-menolong antara satu dengan yang lain.

30.Pak Abu ........biji benih kacang buncis di atas batas.
     A.semai
     B.disemai
     C.menyemai

31.Murid-murid Tahun Tiga Melur ........membersihkan kawasan sekolah mereka.
     A.tolong
     B.bekerja
     C.bergotong-royong

32.Datuk .......ayam,itik, dan lembu.
     A.ternak
     B.diternak
     C.ternakan
     D.menternak

33.Emak.......kerepek ubi kayu.
     A.gorengan
     B.digoreng
     C.menggoreng

34..........badminton sangat popular di negara kita.
    A.Pemain
    B.Bermain
    C.Dimainkan
    D.Permainan

35.Kakak membantu emak....... rumah.
    A.menebas
    B.mengemas
    C.mencipta.

36.Kita hendaklah selalu ........jiran tetangga.
     A.melawat
     B.menghina
     C.merawat

37.Puan Akma ........jirannya menanam pokok bunga.
     A.bantu
     B.bantuan
     C.membantu

38.Fatin..........dengan kakaknya di Jepun melalui e-mel.
     A.berhubung
     B.dihubung
     C.menghubungi
     D.perhubungan

39.Sekolah-sekolah khas ditubuhkan untuk..........istimewa.
     A.lelaki-lelaki
     B.nenek-nenek.
     C.kanak-kanak

40.Tenunan kain songket itu sangat .........dan kemas.
     A.jarang
     B.kasar
     C.halus
     D.kesat




 
 
 
 

         
 
 
 
 







 


No comments:

Post a Comment