Wednesday 12 December 2012

Melancong ke Sabah

Negara kita indah dan sering menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara.Antara negeri yang menjadi tumpuan ialah negeri Sabah.Sabah dikenali sebagai "Negeri Di Bawah Bayu".Sabah terletak di Kepulauan Borneo.Luasnya 74,500 kilometer persegi.Di negeri Sabah terdapat gunung yang tertinggi di Malaysia ,iaitu Gunung Kinabalu.

Terdapat banyak tempat yang menarik dan sesuai untuk dilawati di negeri Sabah.Antara tempat tersebut ialah Muzium Sabah,Taman Negara Kinabalu,Taman Tunku Abdul Rahman,Pulau Manukan dan Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok.



Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok



 
Peta Negeri Sabah




Muzium Sabah





 
Pulau Manukan

 
Puncak Gunung Kinabalu

Tuesday 4 December 2012

Simpulan bahasa

Simpulan bahasa adalah kata-kata ringkas atau rangkaian perkataan yang dirumuskan dalam susunan tertentu yang membawa maksud tertentu. Maksudnya terdapat daripada apa yang tersirat atau tersembunyi bukan daripada yang tersurat atau nyata. Ringkasnya, erti simpulan bahasa berlainan daripada perkataan yang digunakan.

Jenis:

1. Simpulan bahasa yang mempunyai dua makna. Contohnya:
(a) ada angin:
  • mempunyai kemahuan atau keinginan untuk mendapatkan sesuatu.
  • sikap atau perasaan seseorang yang suka meninggi diri.
(b) anak buah:
  • orang yang berada di bawah pengawasan seseorang ketua seperti ketua pejabat atau penghulu.
  • anak saudara.
(c) langgar bahasa:
  • bercakap dengan menggunakan bahasa yang kasar.
  • tingkah laku atau kelakuan yang tidak sopan atau melanggar adat.
2. Simpulan bahasa yang berlainan tetapi mempunyai makna yang sama. Contohnya:
Seseorang yang tidak mempunyai perasaan malu.
muka talam, muka tebal, dan muka tembok.
Seseorang yang sudah lanjut usianya tetapi perangai tidak senonoh atau jahat.
tua keladi, tua kutuk, dan tua lengkuas



KENDERAAN KELUARAN MALAYSIA


 
 Syarikat Pertama yang mengeluarkan kereta ialah Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (PROTON).Model kereta yang pertama dikeluarkan oleh syarikat ini ialah Proton saga.
        Kemudian muncul pula Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd.(PERODUA).Syarikat ini memperkenalkan model kereta seperti Kancil,Rusa,Kembara,Kenari dan Kelisa.
        Selain PERODUA dan PROTON, Syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn.Bhd. (MODENAS) pula mengeluarkan motosikal.Syarikat ini memperkenalkan model motosikal seperti Kriss dan Jaguh.
        Semua kenderaan nasional ini dapat bersaing dengan kenderaan yang diimport dari luar negara seperti Jepun,Korea,Jerman,Perancis dan Itali.
 
 
  
 Kereta Gen2
 
 Motosikal Jaguh
 motosikal Kriss
kereta Myvi
 
 
 
 
AKTIVITI :
 
1.Senaraikan kata nama khas yang terdapat dalam teks di atas.
2.Lukis dan namakan kenderaan nasional yang kamu idamkan dalam buku latihan kamu.