Tuesday 30 October 2012

Cerita Teladan

ANJING DENGAN BAYANG-BAYANG

Ada seekor anjing yang bernama Dolly.Dolly tamak.
          Pada suatu hari,ketika sedang mencari makanan,Dolly terjumpa akan seketul tulang.Dia menggonggong tulang itu.Ketika menyeberang sungai,Dolly ternampak akan sesekor anjing yang serupa sepertinya di dalam sungai.Anjing itu juga sedang menggonggong seketul tulang.Dolly ingin merebut tulang daripada anjing itu.Apabila Dolly membuka mulut,tulang yang digonggongnya terjatuh ke dalam sungai.
          Barulah Dolly sedar bahawa anjing tersebut ialah bayang-bayangnya sendiri.Dolly sangat menyesal.

Friday 26 October 2012

GALERI BAHASA

KATA HUBUNG ialah perkataan yang digunakan untuk menghubungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa atau ayat dengan ayat.
Contoh : dan, lalu, serta, sambil, tetapi, kecuali, agar, kerana